Kunjungan Hormat Delegasi Institut Kemahiran MARA Johor Bahru ke Fakulti Komputeran

author

Kunjungan Hormat Delegasi Institut Kemahiran MARA Johor Bahru ke Fakulti Komputeran, UTM, 3 Disember 2025

Fakulti Komputeran UTM menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Kemahiran MARA (IKM) Johor Bahru yang diketuai oleh Pengarah Ir. Ts. Dr Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin bersama Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik) Dr Azurin bin Shukur serta ketua-ketua jabatan dan staf terlibat.

Antara pengisian program:

✅ Perbincangan Meja Bulat mengenai peluang kerjasama strategik

✅ Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI) antara Fakulti Komputeran, UTM dan IKM JB

✅ Lawatan ke Showcase Hub untuk melihat inovasi dan penyelidikan terkini

Fakulti Komputeran diwakili oleh Prof. Dr Azlan Md Zain (Timbalan Dekan Staf Akademik, Penyelidikan dan Inovasi), Dr Muhammad Iqbal Tariq (Penyelaras EGE), Dr Norhaida Mohd Suaib (Ketua RG UTM ViCubeLab) bersama ahli-ahli UTM ViCubeLab.

#inspiringdigitaltalents, #UTMComputing, #MYPremierDigitalTech, #fakultikomputeran

UTM Open Day
Scroll to Top