Hari Bersama Industri 1 (WBL SECP2613, Sesi 2025/2026-1) Perkukuh Kolaborasi Universiti – Industri

Safura Jema’in

15 April 2026 – Fakulti Komputeran telah menganjurkan Hari Bersama Industri 1 bagi kursus SECP2613 (Work-Based Learning) bertempat di Bilik HyFlex, N28A. Program ini melibatkan seramai 54 orang pelajar, 4 orang pensyarah serta 2 orang wakil industri.

Penganjuran program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dalam membangunkan penyelesaian berasaskan keperluan sebenar industri. Sepanjang program, pelajar terlibat dalam aktiviti analisis masalah, reka bentuk sistem serta pembentangan cadangan penyelesaian secara berstruktur.

Inisiatif ini dilihat mampu memperkukuh kerjasama antara universiti dan industri, di samping meningkatkan keyakinan terhadap program pengajian yang ditawarkan. Selain itu, ia turut menyokong pelaksanaan pembelajaran berasaskan pengalaman industri dalam kalangan pelajar Fakulti Komputeran.

UTM Open Day
Scroll to Top