Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Dekan Fakulti Komputeran

author

3 April 2026 – Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas bagi jawatan Dekan yang berlangsung dengan penuh penghormatan dan penghargaan.

Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas daripada Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir, Mantan Dekan Fakulti Komputeran, kepada Prof. Dr. Azlan bin Mohd Zain yang kini menjalankan tugas sebagai Dekan Fakulti Komputeran.

Warga fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir atas segala jasa, kepimpinan dan sumbangan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Dekan. Pada masa yang sama, ucapan tahniah dizahirkan kepada Prof. Dr. Azlan bin Mohd Zain atas pelantikan sebagai menjalankan tugas Dekan.

Majlis turut meraikan mantan pentadbir Fakulti Komputeran yang telah menamatkan penggal pentadbiran masing-masing, iaitu Prof. Madya Dr. Radziah binti Mohamad, Ketua Jabatan Kejuruteraan Perisian, serta Dr. Zalmiyah binti Zakaria, Pengurus Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (Pascasiswazah).

Penghargaan turut dirakamkan kepada semua yang telah menyumbang kepada kecemerlangan dan pembangunan Fakulti Komputeran.

UTM Open Day
Scroll to Top