JOHOR BAHRU – 19 Jun 2026, Fakulti Komputeran (FC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus komited dalam memperkasakan ekosistem pembelajaran dan kebajikan warganya, merangkumi aspek fizikal bangunan serta sokongan berterusan terhadap pelajar.
Dalam usaha meningkatkan imej dan reputasi fakulti, ruang bangunan pentadbiran N28a yang merupakan “bangunan protokol” kini menjadi keutamaan untuk dinaik taraf. Selari dengan perancangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), pihak fakulti telah menyusun pelan strategik bagi menaik taraf ruang pembelajaran dan pengajaran yang dijangka akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2028. Langkah ini bertujuan menyediakan persekitaran yang lebih kondusif dan moden bagi menyokong kecemerlangan akademik staf dan pelajar.
Selain pembangunan fizikal, pihak fakulti juga menitikberatkan keselesaan dan kesihatan warga kampus. Sebanyak lima (5) unit alat penapis air telah dipasang di lokasi-lokasi strategik di seluruh bangunan FC dan Bilik Jamuan bagi memastikan warga kampus terus menikmati akses kepada sumber air bersih yang berkualiti.







