UTM komited perkasa komuniti luar bandar menerusi Program Celik Digital

SEGAMAT, 5 Julai – Sepasukan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari Fakulti Komputeran telah berjaya melaksanakan sebuah program pemindahan ilmu bertajuk Pengenalan dan Asas Baik Pulih Komputer. Program telah dilaksanakan di Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Segamat.

Program yang diketuai oleh En. Hairudin Abdul Majid, penceramah Mohd Shamsul Fitri Sulaiman, serta barisan fasilitator; Mohd Idzham Iqbal Abdul Rani, Mohmad Azmi Latonak@Ismail, Nor Affendi Ahmad, Ts. Mohd Hazri Ishak, Ruzanah Sahudi dan Hasnah Musim, telahpun dihadiri oleh 14 orang peserta dalam kalangan lelaki dan wanita berumur antara 25 tahun hingga 55 tahun.

Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Melayu Raya, En. Johari bin Masran. Turut hadir menyertai program ini adalah 2 orang wakil dari Ladang KLK Berhad dan 2 orang wakil dari PIBG SK Melayu Raya. Program bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.

Scroll to Top