17 April 2026 – Fakulti Komputeran telah melaksanakan Hari Bersama Industri 1 bagi kursus SECP3106 (Application Development) bertempat di Bilik HyFlex, N28A. Program ini disertai oleh 54 orang pelajar, 4 orang pensyarah serta 2 orang wakil industri.
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami keperluan pembangunan aplikasi dalam konteks sebenar industri. Antara pengisian utama termasuk sesi perbincangan, analisis keperluan serta perancangan penyelesaian sistem secara terancang.
Pelaksanaan program ini turut mengukuhkan hubungan strategik antara universiti dan industri, di samping menyokong pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman bagi meningkatkan kemahiran serta kesiapsiagaan pelajar dalam bidang pembangunan aplikasi.










