FC News & Update

Sosial media feed

Activity

10/06/2026

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Fakulti Komputeran 2026

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Fakulti Komputeran 2026📋✨

Fakulti Komputeran telah berjaya melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi kitaran tahun 2026 yang berlangsung pada 8 hingga 10 Jun 2026.

Pagi ini telah berlangsung Mesyuarat Penutup Audit Dalaman SPK Fakulti Komputeran di Bilik Perbincangan Utama, N28A sebagai penutup kepada keseluruhan proses audit yang melibatkan semakan dokumen dan pelaksanaan proses kerja fakulti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit ini. Komitmen anda semua merupakan faktor penting dalam memastikan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti serta mengekalkan kecemerlangan Fakulti Komputeran.

UTM Open Day
Scroll to Top