Penggunaan Google Looker Studio tingkat pemantauan akademik sekolah

Faezah Zee

JOHOR BAHRU, 10 Nov – Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya melaksanakan program perpindahan ilmu berkenaan pengurusan dan analisis data di sekolah melalui pembangunan dashboard yang menggunakan aplikasi Google. Program yang diadakan di Pusat Sumber, Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Pulai 2, Johor Bahru ini bertujuan bagi meningkatkan kemahiran guru dan kakitangan sekolah dalam aktiviti mengurus dan menganalisis data, khususnya bagi memantau prestasi akademik pelajar. Program ini telah mendapat sokongan penajaan dari Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), UTM.

Scroll to Top